Produk PERCUMA di setiap pek.

Alat ini digunakan untuk uji dan tentukan tahap kesihatan vagina kita. Menggunakan alat ini kita akan dapat pastikan vagina kita tiada mengalami jangkitan kuman atau sekiranya ada jangkitan kuman, masih belum terlambat untuk kita dapatkan rawatan.

Yang seronok sekali ialah, dengan menggunakan Vagina Health Test Kit ini, kita boleh lakukan ujian ini sendiri di rumah. Hasil ujian adalah dalam masa 30 saat sahaja!

Apa yang diberikan di dalam Vagina Health Test Kit ini?

Ada 2 item yang disertakan.
1. Cotton Bud (strelised)
2. Measuring indicatoR


Bagaimana nak guna?
  1. Menggunakan cotton bud yang diberikan, ambil sampel cecair disekeliling vagina.
  2. Calit cecair itu di ruang 'measuring tape' yang berwarna kuning
  3. Dalam masa 30 saat, 'measuring tape' akan menunujukkan hasil ujian dalam bentuk perubahan warna.
  4. Rujuk hasil ujian melalui 6 warna pada kotak kecil. 
Apakah keputusannya?

Ada 3 peringkat kesihatan vagina.
1. Normal.  Bila warna pada measuring tape tidak berubah
2. Little Inflammation. Bila warna berubah sedikit.
3. Serious vaginitis. Bila warna di measuring tape berubah menjadi kehitaman.


Semakin hitam, semakin tinggi jangkitan kuman di vagina kita. Maka, KakSeri cadangkan cepat-cepatlah pergi jumpa doktor. Risau juga sekiranya jangkitan ini boleh menyebabkan perkara yang lebih serius berlaku  seperti keputihan kronik atau kanser pangkal rahim.

Di mana kita boleh dapatkannya?

Jarang-jarang kan kita  jumpa kat farmasi, atau kita pun tak pasti ada alat uji kesihatan vagina kan? 

Namun ada beberapa farmasi yang KakSeri dengar di sekitar Putrajaya menjualnya. pada harga dalam lingkungan RM10-RM15. 

Walaubagaimanapun, mudah saja kalau ada yang mahu. Vagina Health Test kit ini diberi secara PERCUMA di dalam setiap pek Pantyliner Lexee atau Day Use Pad Lexee atau Overnight Pad Lexee.





0 comments:

Post a Comment